Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, February 20, 2017

MotoGP: Triumph Disahkan Sebagai Pembekal Enjin Moto2 pada 2019

  • Triumph telah menandatangani perjanjian dengan Dorna

  • Enjin 600cc 4-silinder Honda akan digantikan dengan enjin 765cc tiga silinder

  • Enjin sama yang digunakan untuk motorsikal 2017 Triumph Street Triple

Setelah sekian lama ura-ura berkeliaran di laman web, Triumph telah disahkan sebagai pembekal enjin utama MotoGP dalam kategori Moto2 mulai 2019. Berita ini telah pun dibincangkan sejak beberapa bulan lepas tetapi Triumph berjaya menandatangani perjanjian bersama Dorna sebagai pengganti Honda dalam kategori Moto2.

Friday, February 17, 2017

MotoGP: Maverick Vinales Catat Masa Terpantas SEKALI LAGI

  • Hanya Vinales dan Marquez mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat

  • Vinales lengkap 101 pusingan di litar Phillip Island

  • Kemajuan besar dari Dani Pedrosa di tempat ketiga

Sekali lagi, Maverick Vinales dari pasukan Movistar Yamaha membuktikan bahawa dia adalah pelumba terlaju di sesi ujian di litar Phillip Island, Australia. Selama sesi tiga hari yang lepas, hanya Maverick Vinales dan Juara MotoGP 2016 Marc Marquez berjaya mencatat masa dibawah 1 minit 29 saat.

Thursday, February 16, 2017

“Recall” kepada semua motorsikal Yamaha YZF-R25

  • Notis rasmi dari Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia

  • Pelan "recall" suis pencucuhan (ignition switch) dan pendakap tangki petrol (fuel tank bracket)

Perhatian kepada semua pemilik Yamaha YZF-R25. Yamaha Motor Co. Ltd. (Jepun) baru sahaja membuat pengumuman untuk sebuah pelan "recall" kepada motorsikal Yamaha YZF-R25. Ini kerana terdapat isu dengan dua komponen motorsikal tersebut iaitu suis pencucuhan (ignition switch) dan pendakap tangki petrol (fuel tank bracket).

Wednesday, February 15, 2017

TuneBoss Lancar Tiga ECU baru untuk Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R

  • Tuneboss ECU untuk tiga model motorsikal popular

  • Dibuat oleh FSR Techology, Syarikat 100% milik rakyat Malaysia

  • Produk TuneBoss juga terdapat di Thailand, Philippines, Vietnam, Eropah dan Mexico

FSR Technology baru sahaja melancarkan tiga TuneBoss ECU baru untuk tiga model popular di Malaysia iaitu Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R. Ketiga-tiga ECU baru dari TuneBoss boleh didapati pada hujung bulan ini.

Monday, February 13, 2017

Jentera Formula E musim ke-5 dari Spark Racing Technology

Setelah Spark Racing memenangi tender untuk menyediakan rangka untuk jentera Formula E musim ke-5  mereka hadir dengan cabaran baru dimana jentera elektrik ini perlu melangkaui jarak 2 kali ganda daripada sebelumnya. Cabaran mereka adalah untuk menyediakan rangka yang ringan dan aerodinamik dan gambar-gambar ini adalah rekaan yang mungkin akan hadir pada 2018 nanti.

PM Najib Peruntuk RM30 Juta untuk Litar Sungai Petani

[caption id="attachment_24939" align="aligncenter" width="620"] Foto Kredit: The Star Online[/caption]
  • Litar perlumbaan khas untuk golongan belia

  • Tujuan untuk mengurangkan kegiatan lumba haram  di jalan raya

  • Pelan asal dari Datuk Seri Mukhriz pada tahun 2014

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pembangunan litar perlumbaan di Sungai Petani, Kedah. Pengumuman telah dibuat oleh beliau sewaktu program bersama belia di Menara Alor Setar semalam.

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/